Tuesday, November 30, 2004

Hikmah BerWuduk


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.


Edarkan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah.Wasallam.

akum

assalamualaikum semua...
aku nak ucapkan thanks kpd peminat blog yang rajin melwat blog aku...
anyway im gonna say sorry sbb lama tak update....
hari tuh cuti raya...
pastu sem buka bz nak siapkan psm2 lak...
penat wooo nak gred lah katakan...ermm......
anyway hope semua mendoakan aku....

lastly nak ucapkan selamat mula belajar kepada semua mahasiswa universiti...terutama warga UTM yang dok dkat aje dgn aku.......

okies....to be continuedddddd

kata2 hikmah

Untuk di kongsi sama, kata2 mutiara ini datangnya dari seorang Ulama keturunan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam. Nama lengkapnya adalah Muhammad Bin Ali Bin Husain Bin Ali Bin Abi Talib yang terkenal dengan panggilan Muhammad Al-Baqir.

- - - - - -===>>*<<===- - - - - - -

Kepada puteranya, Al-Baqir berkata: "Wahai anakku! Sesungguhnya ALLAH menyembunyikan tiga perkara. Pertama, ALLAH menyembunyikan redhaNya dalam ketaatan kepadaNya. Oleh itu janganlah memandang ringan suatu perbuatan taat, kerana barangkali di dalamnya terdapat redha ALLAH.

Kedua, ALLAH menyembunyikan murkaNya di dalam suatu maksiat. Oleh kerana itu, janganlah memandang ringan suatu maksiat, kerana mungkin di dalamnya terdapat murka ALLAH.

Ketiga, ALLAH menyembunyikan waliNya (kekasihNya) di dalam makhlukNya. Oleh kerana itu jangan sekali-kali memandang rendah seseorang, kerana mungkin dia adalah wali ALLAH.

- - - - - -===>>*<<===- - - - - - -

Semoga dgn kata2 mutiara ini, kita sama2 dpt meningkatkan iman & amalan kita utk kesejahteraan di dunia mahupun di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Monday, November 01, 2004

KSAH JIBRIL DAN RASULULLAH SAW..

JIBRIL MENERANGKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI KEPADA RASULULLAH SAW..

Malaikat Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW....

Malaikat Jibril; "Ya Muhammad,Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah diberikan-Nya kepada siapa pun sebelum mu ."

Rasulullah SAW ; "Hadiah apa itu wahai Jibril?
Malaikat Jibril ; "Sifat sabar.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril ; "Sifat Redha.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril ; "Sifat Zuhud.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril ; "Sifat ikhlas.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?"
Malaikat Jibril ; "Sifat yakin.Dan ada yang lebih baik dari itu."
Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" tanya Baginda lagi.
Malaikat Jibril ; "Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal,berserah diri sepenuhnya pada Allah Azza Wa Jalla."

Rasulullah SAW ; "Apa itu tawakal kepada Allah hai Jibril?"
Malaikat Jibril ; "Tawakal bererti engkau mengetahui bahawa selain Allah SWT ,tidak ada yang boleh mendatangkan sebarang kerugian atau manfaat,memberi atau melarang;dan engkau bersikap tidak menaruh harap pada selainNya. Apabila seorang hamba bersikap dan mempunyai sifat seperti ini maka dia tidak akan mengerjakan sesuatu melainkan kerana Allah SWT semata-mata. Dia tidak tamak memohon kecuali kepada Allah.Inilah yang dikatakan dengan TAWAKAL."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti sifat sabar?."
Malaikat Jibril ; "Iaitu engkau bersabar di saat duka sebagaimana engkau sabar di saat bahagia;di saat miskin;di saat kaya;di saat menerima bencana, dan di saat sejahtera engkau tidak mengeluhkan keadaanmu kepada makhluk lain atas apa yang engkau terima dari ujian dan derita."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti sifat qana'ab berkecukupan?."
Malaikat Jibril ; "Qana'ah ,bererti engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari duniamu;engkau merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur atas apa yang ala kadarnya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti redha ?."
Malaikat Jibril ; "Orang yang redha adalah orang yang tidak murka pada tuannya,apakah dia memperolehi dunianya atau tidak;dan dia tidak rela dirinya menjalankan suatu tanggungjawab sekadarnya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti Zuhud ?."
Malaikat Jibril ; "Orang yang zuhud adalah dia yang mencintai orang yang cinta pada Khaliknya,benci pada orang yang membenci Khaliknya,bersikap berhati-hati dari bahagian dunia yang halal,dan tidak menoleh pada bahagian yang haram.Kerana,yang halalnya pasti akan dihisab dan yang haramnya akan dihukum.Dia kasih kepada seluruh kaum Muslimin seperti halnya dia kasih pada dirinya.Dia bersikap waspada ketika berbicara sebagaimana dia menghindar dari bangkai yang sangat busuk baunya. Dia berhati-hati dari tipu daya dunia dan keindahannya sebagaimana dia menghindari api dari melahapnya.Dia tidak berangan-angan panjang dan menganggap seakan ajalnya sudah berada di hadapan matanya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril ,apa erti ikhlas?."
Malaikat Jibril ; "Orang ikhlas adalah dia yang tidak memohon dari manusia lain,tapi berusaha keras sampai dia memperolehi cita-citanya;apabila dia telah memperolehinya,dia akan rela.Jika masih ada sesuatu yang tersisa di tangannya,dia akan memberinya kerana Allah SWT semata-mata.Orang yang tidak memohon dari makhluk,bererti dia telah menyatakan sikap ubudiyyab (kehambaan) kepada Allah Azza Wajalla.Jika dia memperolehinya lalu dia rela,bererti dia telah rela pada Allah SWT dan Allah AWT juga rela padanya.Apabila dia memberi semata-mata kerana ALLAH Azza Wajalla,maka dia memberinya dengan penuh keyakinan akan janji-Nya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti yakin ?."
Malaikat Jibril ; "Orang yakin adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan dia melihat-Nya.Sekalipun dia tidak melihat Allah,namun Allah SWT melihatnya.Dia yakin bahawa apa yang terjadi padanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadi pada dirinya adalah bukan bahagiannya.
SEMUA ITU ADALAH RANTING-RANTINGNYA TAWAKAL DAN TANGGA MENUJU SIFAT ZUHUD.. "


Muhammad Isa Selamat ...1001 cahaya..Darul Numan